Sabtu, 23 Februari 2013

.: Cherry Blossom :.

Posted by .: NNJ :. On 6:51 PG


Cherry Blossom atau nama lainnya Sakura merupakan bunga tidak rasmi Jepun. Bunga ini merupakan bunga yang tiba pada musim bunga dan diraikan oleh perayaan-perayaan di Jepun dan Amerika Syarikat. Warna yang paling popular adalah putih dan merah jambu. Ianya cantik semasa berada di atas pokok dan kekal sebagai pemandangan yang menakjubkan walaupun selepas di hampar di atas tanah.


Sakura merupakan tumbuhan yang asli di Banjaran Himalaya, Bengal Utara (kini Bangladesh) dan di Asia timur seperti China, Jepun dan Korea Selatan. Jepun mempunyai jenis sakura yang berbeza-beza; lebih daripada 305 jenis boleh ditemui di sana. Kebanyakan daripada mereka telah dikacukkan secara tiruan atau dicantumkan oleh orang Jepun hortikultur berabad yang lalu.